Semalam semasa jalan-jalan pergi Midvalley,cik kelip-kelip perasan yang restoran makanan segera aka fastfood sentiasalah dipenuhi orang. tak kire la tua atau muda.. Hmmm..nak kate orang, tuan punye diri ni pun serupa je..Yup, masyarakat Malaysia kini secara umumnya mempunyai rutin harian yang makin sibuk sampaikan nak masak pun tak sempat. Kalao dulu golongan ibu-ibu ada di rumah untuk makan tapi sekarang inilah yang terjadi:
Seperti yang dapat dilihat diatas masa untuk bersama keluarga banyak dihabiskan di restoran makanan segera atau di kedai-kedai makan berbanding bersama-sama menyediakan hidangan di rumah.Sebenarnya tak salah kalo hendak makan diluar tapi perlulah dikurangkan kekerapan itu. Untuk Cik Kelip-Kelip pulak mungkin selepas ni akan merajinkan diri untuk memasak walaupun tidak berkeluarga..LEBIH BAIK CEGAH SEBELUM TERLAMBAT . Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kalo perlukan maklumat tambahan mengenai cara hidup sihat bolehlah jenguk-jenguk www.infosihat.gov.my.Banyak info berguna disana=)
Thursday, February 17, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Perjalanan Masa
Teringat masa dolu-dolu..sedar tak sedar zaman kanak-kanak dan alam persekolahan riang ria dh lama ditinggalkan. Kelip-kelip mata tengok-tengok masa dah jauh meninggalkan kite kan.Aungguh cepat masa berlalu dan banyak yang kite belajar dengan masa. Bak kata orang masa mendewasakan kita laa....
Huuuu~ tapi cik kelip-kelip macam rasa macam tak puas dengan masa yang dah ditinggalkan tuh.. Tulah masa kecik-kecik tak digunakan sebaiknya. Masa yang ada sekanrang pun banyak yang terbazir begitu saje. Hmm~ buat yang lain-lain jangan ditiru perangai cik kelip-kelip ini ye..Rugi nanti..
Jadi seiring dengan kesedaran yang ada ni cik kelip-kelip akan berusaha memenuhkan aktiviti dengan aktiviti yang berfaedah.Yang paling penting mesti enjoy dengan masa yang diluangkan itu kan
Huuuu~ tapi cik kelip-kelip macam rasa macam tak puas dengan masa yang dah ditinggalkan tuh.. Tulah masa kecik-kecik tak digunakan sebaiknya. Masa yang ada sekanrang pun banyak yang terbazir begitu saje. Hmm~ buat yang lain-lain jangan ditiru perangai cik kelip-kelip ini ye..Rugi nanti..
Jadi seiring dengan kesedaran yang ada ni cik kelip-kelip akan berusaha memenuhkan aktiviti dengan aktiviti yang berfaedah.Yang paling penting mesti enjoy dengan masa yang diluangkan itu kan
Monday, January 31, 2011
Tinta pertama
Kehidupan adalah satu perjalanan yang tak pasti arahnya. Macam-macam cabaran harus ditempuhi. Contohnya sekarang ni ni tengah menganggur cari keje. Dulu dah keje elok-elok berenti. Tapi yalah siapa kita nak menyalahkan takdir kan?
Buat masa ni cuba sahajalah cari kerja balik sedaya mampu. Penat tuh ke hulu ke hilir tiap-tiap hari..Tapi nak buat macam mane kan. Sabar sahajalah. Yang pasti Tuhan tak pernah menghampakan hambaNya.
Doa+ Usaha+Tawakal= KEJAYAAN
Mungkin ini adalah satu pengalaman untuk mematangkan diri. maklum sahajalah untuk mendapat kejayaan yang besar bukan semudah yang kita sangka. Semoga yang dinanti akan tiba. Dikuatkan hati+ ditabahkan jiwa menghadapi hari mendatang dengan senyuman penuh kesyukurann kepadanya.
Sesunnguhnya Tuhan hambaMu ini redha dengan segala ketentuanMu. Sesungguhnya saya pasti akan kasih sayangMu terhadap hambaMu ini. Mungkin ini kerana kelalaian saya ketika senang. Maka rintangan ini sebagai merapatkan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya.Thank ALLAH kerana masih mengingatkan saya untuk kembali menjadi hamba yang mendekatiMU
Subscribe to:
Posts (Atom)



